Monday, May 28, 2012

VEIL Idaman



Salam semua ;D

Lagi 4 hari nak sampai hari bahagia untuk kami.. Alhamdulillah semua dah hampir siap. Kat kampung nenek, mak, nyang & orang kampung sibuk dgn persiapan...Semalam mak call cakap pelamin dah sampai kat rumah, insya-Allah esok malam pasang. hehe pengantinnye belum reti-reti nak balik...skg pun masih kat office...Gee & adik akan balik esok insya-Allah.

Diaorg pasang awal sebab ade a few wedding end of this week. So kena pasang awl2 takut tak sempat. Kemah pun esok rasenye pasang.

Ingat lagi tak contest yang gee join ari tu, ala contest yang dapat veil tu. Alhamdulillah veil tu dah sampai pagi tadi & gee amat sukakan veil tu...terima kasih banyak2 kak fainie.

Esok nak pegi ambik baju sanding pulak kat Rins Suzana. Baju sanding nie menang contest yang Pameran Pengantin buat kat Facebook. Gee dapat voucher RM1000 untuk sewaan mana-mana pakaian lelaki & perempuan beserta aksosari.

Alhamdulillah & Insya-Allah nanti gee akan update lagi...Banyak lagi post yang pending nie.


Thursday, April 19, 2012

Proses Permohonan Nikah Kelantan & Johor (Interview) Selesai Alhamdulillah

Note: Entry ini panjang tau...sebab nak cerita pasal pengalaman gee dalam uruskan permohonan nikah.

Permohonan Pihak Lelaki

Tunang gee orang kelantan so dia kena ambil Borang 1 & Borang 2A kat Pejabat Agama Kota Bharu. Dia kena completekan borang dia dulu pastu dah siap kena past pada gee untuk gee submit kat Pejabat Kadi Mersing, Johor.

Nie dokumen yang pihak lelaki kena bagi pada pihak perempuan:

1. Borang 1 (Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin Lelaki)
2. Borang 2A (Surat Kebenaran Berkahwin Luar Negeri)
3. Keputusan HIV Test
4. Salinan I/C pengantin lelaki
5. Original & Salinan Sijil Kursus Kahwin
6. Surat Akuan Bujang

Borang 1


Borang 2A (Surat Kebenaran Berkahwin Luar Negeri)


Keputusan HIV Test


Permohonan Pihak Perempuan


Step 1 :
Ambil Borang 2, Borang Maklumat Wali & Borang HIV Test di Pejabat Kadi Negeri masing-masing. Macam gee menetap kat Mersing, Johor so kena ke sana la kan...

Tapi gee mintak tolong ma untuk ambilkan borang tu & postkan pada gee. Masa nak ambil borang tu wakil kena bawak salinan I/C bakal pengantin. Pastu bayar RM5.00 untuk semua borang.

Macam kes gee, wali ialah atuk dan atuk tak boleh datang ke majlis gee nanti (tengok kesihatan dia if mengizinkan dia akan datang). So gee kena balik Besut, Terengganu jumpa atuk untuk dapatkan surat wali wakalah.

Last week on 9 Apr 2012 pegi pejabat agama besut untuk dapatkan surat tu. Untuk proses dapatkan surat wali wakalah, gee kena bawak atuk (wali) & 2 orang saksi (lelaki).
Pegawai pendaftar tu akan mintak wali baca dengan jelas dihadapan gee, pegawai tersebut dan saksi. Kemudian tandatangan kat depan pegawai tu.

Alhamdulillah selesai satu hal. 


Borang 2

Borang Maklumat Wali

Borang Wali Wakalah (dapat borang dari Pejabat Agama Besut, Terengganu)

 
Keputusan HIV Test

Step 2 :
Dah selesai dengan semua borang kat atas, gee balik Mersing, Johor pd 16 Apr 2012 pulak untuk submit borang-borang tu & untuk interview. Rasenya semua orang dah tahu kot kat johor ade interview sebelum dapatkan borang-borang lain.

Hehe kalau nak ikutkan berdebar tu memang lar, tapi jangan takut. Bukak balik buku Fardhu Ain untuk refresh ape2 yang kita kena refresh.

Nie dokumen yang gee kena sediakan untuk submit pada pejabat kadi mersing sebelum interview dan dapat borang-borang yang lain:
1. Borang 2 (Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin Perempuan)
2. Borang Maklumat Wali
3. Borang Wali Wakalah
4. Keputusan HIV Test
5. Surat Akuan Bujang
6. Original & Salinan Sijil Nikah Ibu Bapa (Jika pengantin anak perempuan pertama)
7. Original & Salinan Surat Kematian Ayah (Jika ayah meninggal)
8. Original & Salinan IC Pengantin Perempuan
9. Salinan I/C Wali
10. Salinan I/C ibu
11. Salinan I/C 2 orang saksi borang
12. Termasuk sekali dengan dokumen dari pihak lelaki (rujuk info pemohonan pihak lelaki)


 1. Daftar & submit borang dekat abang yang pakai cermin mata tu.
2. Kena isi online form jabatan agama johor & print slip untuk interview kat abang yang pakai kopiah putih tu.
3. Masuk dalam bilik untuk interview. Bilik interview dekat pakcik yang pakai baju putih tu. 


Borang Interview

Haaa kat atas tu gambar borang untuk interview kat negeri johor. Hehe dah tau kan soalan yang diaorang akan tanye so ape lagi, pada bakal pengantin sila buat ulangkaji dulu ok...perbetulkan mana yang perlu diperbetulkan. ;D

Nak tau ape yang ditanya oleh Ustazah .... urmmm lupa lar nama dia. Meh gee nak kabor...

1. Mengucap kalimah syahadah berserta maksud
2. Bacaan Al-Fatihah
3. Kenapa bacaan Al-fatihah wajib dalam solat?
sebab Al-fatihah adalah rukun solat
4. Bacaan Doa Qunut
5. Nyatakan Rukun Islam.
Mengucap kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa dibulan ramadhan, menunaikan zakat & menunaikan haji jika mampu.
6. Apa najis Mughallazah?
Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya.
7. Terangkan cara untuk menyuci najis tersebut?
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh kali.Sekali darinya dengan air tanah,iaitu air yang dicampur dengan tanah yang suci.
Jika tidak hilang najis itu sehingga beberapa kali maka dikira sekali sahaja,maka hendaklah ditambah enam kali lagi.
8. Apakah nafkah zahir dan batin?
Nafkah zahir ialah nafkah yang diwajibkan ke atas seorang suami dengan sebab akad perkahwinan yang sah dan isteri patuh serta taat kepada suaminya. Nafkah yang diwajibkan ialah sebarang keperluan hidup bagi seseorang insan yang merangkumi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal yang sempurna.
Nafkah batin ialah memenuhi keperluan nafsu dengan istimta’ (perhubungan suami isteri).

So korang dah taukan antara soalan & jawapannye..Setiap orang lain yang mereka dapat. So korang bersedia lar eh...Jawapan kat atas tu gee cari kat buku supaya lebih tepat.

Sepanjang interview tu banyak yang ustazah tu nasihat dan contoh pengalaman dia dalam perkahwinan. Kesimpulanya interview nie memang bagus kalau buat, mane yang kita tak tahu atau pasti kita boleh dapat ilmu kat sini..tak lar lepas kahwin nanti tak tau ape2.

Alhamdulillah lulus interview...Lepas tu korang bawak borang interview tu kat kaunter depan dan ambik borang seperti kat bawah nie dengan bayaran RM25.

Borang-borang kat bawah nie kena bagi kat jurunikah. Bagi kat dia seelok-eloknye 3 minggu sebelum majlis nikah.

Borang 3 (Borang Kebenaran Pendaftar Untuk Berkahwin)

Senarai Semak Pelaksanaan Majlis Akad Nikah

Borang 6 (Borang Permohonan Untuk Mendaftar Perkahwinan)

Borang 8 (Sijil Nikah - ada 4 salinan, 2 warna merah 2 warna putih)


Pejabat Kadi jugak ada bagi buku macam kat bawah nie untuk rujukan pengantin sebagai panduan aturcara majlis nikah.


Buku Panduan Akad Nikah Modul Keluarga Sakinah

Antara isi kandungan dalam buku

Gee rase tu je kot info yang gee boleh kongsi dengan semua B2B Johor..If ade ape2 nak tanye nanti tanye lar, insya-allah gee bgtahu.

Alhamdulillah dah boleh nikah ;D




Tuesday, April 17, 2012

Rezeki Nak Kahwin

Alamak!!! Lagi 45 hari....macam tak cukup masa je nak buat preparation untuk majlis nanti. Pening-pening, diy byk lagi tak siap...kehkeh tu lar kan gatal, semua benda nak diy...amacam sekarang kan dah pening...tanggung lar ;p




Ok back to topic, Jumaat lepas dapat email dari fainie, dia bagtau gee menang contest yang dia buat ari tu...contest nie 'One Dream Veil Contest'
If fainie tak bagitau memang gee tak perasan sebab last week memang sibuk dengan urusan borang nikah.

Alhamdulillah sekali lagi...
Terima kasih banyak-banyak sebab bagi hadiah yang amat best...

Thursday, April 5, 2012

Kaw Kaw Burger Bakar Now At Puchong Utama




Kaw Kaw Burger Bakar siapa pernah dengar pasal burger nie????
Gee tahu pasal burger bakar tu pun sebab nampak kawan2 ade post gambar burger yang mengiurkan nie kat laman muka buku... ;p

Bila dah nampak mula lar dok mengidam nakkan burger nie...tapi mak aih jauhnye nak ke Wangsa Maju Seksyen 2 tu dari Puchong semata-mata nak beli burger nie, di tambah pulak bila pikir nak kene Q panjang-panjang. Kalau dekat tak pe memang time tu jugak boleh pegi serbu. So niat dihentikan buat seketika, kena cari time betul-betul nak ke area sane baru boleh beli.

Tapi tak silap last 2 or 3 days ade ternampak burger bakar nie post pasal diaorang ade bukak cawangan no.2 kat LOKAS MAKANA, PUCHONG UTAMA...
Wahhhhhh terus tag kawan-kawan untuk serbu ke sana...search punye search dah dapat tau mane lokasi Lokasa Makana tu...

Meh nak bagitau locationnye dekat mana:

Kalau korang dari putrajaya, lepas tol RM1.60 tu korang terus je, korang akan lepas 2 jalan flyover, lepas tu korang terus masuk susur ke kiri tak silap ade signage Puchong Utama, lepas tu korang akan nampak carefour sebelah kiri, depan tu ade traffic light korang terus lagi, terus je pastu korang akan nampak LOKAS MAKANA MEDAN SELERA tu berada di sebelah kanan korang, haaaa kat situ lar lokasi BURGER BAKAR...
hehe korang faham tak? tak pe kat bawah tu gee dah letak map tau ambik dari google maps

Operation hour start pukul 7:45pm sampai burger tu habis.
Tutup setiap hari Khamis eh...
GPS : 2.983927,101.609201
Burger basic start RM7.50 ok.

Jom layan gambar pulak



 No. kami 56, 57 & 58


 Beratur & buat order pastu tunggu dalam 40minit tau...kena sabar eh...


 Abg nie sedang membuat burger untuk kami semua...


 Cak eh eh sempat tu senyum...tau tau je nak snap...



 Korang akan nampak signage LOKAS MAKANA macam nie tau...





 Nie burger yang gee order Tripple(RM18.50) + Bacon Chezzy(RM4) total RM22.50
Gee tak ambil set, if set ade sausage 3 ketul



kami dah kekenyangan walaupun baru makan 1 ketul...kehkehkeh...


Nie map nye ok....


Selamat Menjamu Selera

Tuesday, April 3, 2012

HIV TEST DONE

Alhamdulillah dah siap 1 part dalam proses nak isi permohonan kahwin. Mula-mula tu berdebar jugak sebabnye 26 mar 2012 hari tu call klinik kesihatan kat Putrajaya untuk buat appointment, tapi pegawai kat situ cakap untuk hiv test pra perkahwinan date yang diaorg free is pada pertengahan May 2012...opssss macam mane ni???

Call pulak kat Klinik Kesihatan Puchong, dia cakap tak boleh buat appointment melalui phone, kamu kena datang sendiri kat klinik nie & masuk bilik No.9 untuk buat appointment tu.

So tak nak lengah-lengah tghhari 26 mar tu gee ke KK Puchong, tengok-tengok date yg free & it was today 3 apr 2012..So berjaya book 1 slot untuk gee sebab tunang dah buat kat Kelantan.

Hari nie alhamdulillah dah selesai 1 part...dah boleh menari sket sebelum menyayi ;P




Jom tengok gambar & step-step untuk HIV test kat KK Puchong:




Step 1:
Call mana-mana Klinik Kesihatan untuk buat appointment. Tapi macam gee, KK Puchong kene pergi kat klinik sendiri untuk buat appointment tau dia tak ambik melalui call. Dah book date dia akan bagi sekali form untuk hiv test nanti.





 Step 2:
Datang awal-awal kalau nak siap cepat lar. If nak datang lewat pun tak ape sebab time appointment nie dari pukul 8am - 4pm.
Beratur kat situ untuk ambik no.giliran. Tekan B untuk pesakit luar & temujanji.





 Step 3:
Lepas dah dapat no giliran tunggu kat kaunter No.1 & No 2 untuk pendaftaran (RM1), submit form yang dapat time book date dulu & ke bilik No.9 untuk ambik darah.
No 2009 time 07:04
No. 8001 time 07:41
Kaunter pendaftaran bukak pukul 7:30 & pukul 8:00 baru boleh ambik darah.
So korang pandai-pandai lar mcm mane nak set time ok.





 Nie lar rupe kaunter 1 & 2







 Step 4:
Dalam pukul 8:08 dah siap cucuk kat bilik No.9 & dia suruh tunggu kat luar sementara nak tau keputusan. 8:21 dia panggil nama, gee ingat dah siap rupe-rupanye belum & gee kena cucuk lagi sekali sebab yang 1st test tu alat dia tak berfungsi...Nasib badan 2x kene cucuk tu..nyut nyut nyut je jari nie...
Tak sampai 5minit dah dapat keputusan...selesai...

Summary:
7:00 sampai KK Puchong
7:04 ambik no pendaftaran
7:41 ambik no untuk cucuk
8:08 cucuk yang pertama
8:21 cucuk yang kedua ;(
8:22 dah siap & boleh pegi kerja
Horryyy tak perlu ambik cuti...





Borang yang akan korang dapat time booking date.





 Borang dari Jabatan Agama Johor
Tq Ma sebab postkan borang nie...





Tak lupe jugak pada adik saya sebab temankan saya menjalankan HIV test ini...
lap lap lap u lah ;p

Monday, March 19, 2012

Contest Ministry of Moment dah Kluar kat Facebook

Kawan-kawan blog & sesiapa yang terbaca blog nie, dengan ini saya ingin memohon jasa baik anda untuk LIKE pada link dibawah...
Eceh ayat bukan main skema kan, mentang2 nak mintak tolong ayat tak boleh tahan.

Betul serius nie bukan main-main, sangat memerlukan jasa anda semua tau....




Nie cara-caranya tau:



2. Like gambar kat photo album ini

klik gambar pun boleh, senang terus ke tempat yang perlu anda LIKE

Dekat sebelah kanan tu pun gee ade letak link.
terima kasih semua ;D



Wednesday, March 14, 2012

Extravaganza Contest by Ministry Of Moment



"CONTEST FOR BLOGGER FOR THE BEST ENTRY FOR US"


"WIN 3DAY & 2 NIGHT EXCLUSIVE FOR 2 PERSON PRIZE WORTH RM5,000 DI BALI"
Full Package ke Bali untuk 2 orang termasuk kos penerbangan, hotel dan transport



WOW hadiahnya sangat-sangatlah menarikkan.
20 Feb 2012 kat wall FB MOM ternampak dia orang post gambar kat atas tu, wah contest dari MOM...urmmm hadiah best, kalau menang boleh honyemoon kat bali ;D
Dalam hati mule lar terdetik nak join ke tak, nak join ke tak????? B2B yang lain pun mesti perasan kan gambar nie kat wall MOM..kalau belom LIKE baik pi LIKE sekarang.


Setelah difikir, So i'm decided to joint this contest.




Bismilahirahmanirahim



Shafiq Akmal CEO Ministry Of Moment


Inilah dia CEO Ministry of Moment merangkap principal photographer di MOM. Dari riak wajah beliau, walaupun tak pernah jumpe & gee hanya tengok dari gambar-gambar beliau gee rase beliau nie seorang yang sporting, bijak, tegas, & kekadang nampak macam boleh berlawak jugak..eh betul ke? Hehe pandai-pandai je gee teka..sorry kalau silap.
 Beliau telah berkahwin ok dan isteri beliau juga lah yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada beliau dalam memajukan lagi MOM.  


Mula-mula gee like page FB diaorang, gambar yang pertama yang tarik perhatian gee ialah gambar kat bawah ni. Kesan pencahayaan, kejelasan gambar & tone warna dalam gambar ni buat gee terpegun dan hanya mampu berkata 'ahhh cantiknya, bestnye kalau dapat gambar secantik ni. Bestkan kalau dapat MOM jadi fotographer'. Tapi sayang masa majlis gee nanti bukan MOM yang ambil, Insya-Allah boleh guna khidmat beliau untuk post wedding, time pregnant, birthday, kenduri kesyukuran atau ape-ape selain dari majlis kahwin kan, betul tak? So jangan risau masih banyak lagi peluang (saje nak sedapkan hati sendiri sebenarnye).   


Malihan & Aidil
Cantikkan gambar ni?




MOM juga menjadi pilihan utama artis, selebriti dan juga golongan kenamaan tak kira dalam mahupun luar negara yang mahu kenangan manis mereka diabadikan dengan sempurna. Antaranya Ummi Aida, Miss Malaysia 2004 -Andrea Fonseka, Irwansyah, Tomok, Liana (kakak Hanis Zalikha), Ally Iskandar dan ramai lagi. Jom kita tengok hasil dari sentuhan magik MOM.


Umie Aida & Khairuddin


 Miss Malaysia 2004 - Andrea Fonseka & Paul


Irwansyah & Zaskia Sungkar




Tomok & Ayu


Khairi & Liana (kakak Hanis Zalikha)






Ally Iskandar & Farah Lee




Oleh sebab itu, pada pendapat gee siapa yang menggunakan khidmat MOM pasti telah membuat pelaburan yang amat tepat walaupun harganya kadang-kadang tak tercapai untuk sesetengah orang biasa melaburkan wang mereka untuk mendapatkan khidmat mereka yang amat ekslusif.


Tapi jangan risau, harga yang mereka tawarkan amat berpatutan dengan kualiti yang 1st class. Korang mesti tak menyesal punye 'hire' MOM jadi 'official photographer' time majlis bersejarah korang nanti. Meh kita tengok offer yang menarik dari MOM, so siapa yang belum tempah mana-mana fotographer ape kata korang e-mail @ call diaorang mane tahu date korang tu MOM masih lagi kosong. Jangan lambat-lambat nanti disambar orang :D 
Antara offer menarik mereka macam info kat bawah nie:

SPECIAL OFFER FOR STUDIO APPOINTMENT
RM1388/EVENT/SENIOR PACKAGE
RM2000/EVENT/PRINCIPLE PACKAGE
1 EVENT COVERAGE
1 ALBUM
UNLIMITED SHOOT
UNLIMITED IMAGE IN DVD
FREE 30 MINUTES POTRAITURE RIGHT AFTER EVENT
 



Kadang-kadang MOM juga ada buat offer yang menarik so korang kena sentiasa tengok FB MOM untuk dapatkan info terkini dengan lebih tepat dan cepat. Jangan nanti terlepas pulak MOM punya promosi dah korang menyesal tak sudah. Jangan salahkan sesiapa sebab gee dah ingatkan korang kat sini ok.   







Shafiq Akmal & Siti Erli Fazira
eh macam pernah tengok je pengantin lelaki ni...hehe nie lah CEO MOM & cantik isteri diakan?




Dan ape yang paling penting kegembiraan pengantin & seluruh keluarga dapat dirakamkan dengan jelas dan penuh bermakna jika majlis berjalan dengan lancar dan penuh kesyukuran.


So untuk tahu lebih lanjut lagi boleh hubungi MOM seperti yang tertera kat bawah:



call us +60391710707 for appointment
sms number on +60163509215
 

email your event complete details on inquiry@ministryofmoment.com


Ministry Of Moment
Level 8, Retail Office Block,
Pavilion KL,
168, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur


Ministry Of Moment Studio
6-3A, Velodrome Biz Park,
Jalan Dataran Velodrome,
Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur


Untuk Ministry of Moment pula, gee doakan agar kejayaan ini makin berkembang berserta kualiti 1st class ini terus cemerlang dan dapat memuaskan hati pelanggan.


MOM jadi kegilaan semua,
pengantinlah jadi pelanggan utama,
kualiti 1st class idaman semua,
dapat 'hire' MOM boleh bergegar dunia...