Tuesday, April 3, 2012

HIV TEST DONE

Alhamdulillah dah siap 1 part dalam proses nak isi permohonan kahwin. Mula-mula tu berdebar jugak sebabnye 26 mar 2012 hari tu call klinik kesihatan kat Putrajaya untuk buat appointment, tapi pegawai kat situ cakap untuk hiv test pra perkahwinan date yang diaorg free is pada pertengahan May 2012...opssss macam mane ni???

Call pulak kat Klinik Kesihatan Puchong, dia cakap tak boleh buat appointment melalui phone, kamu kena datang sendiri kat klinik nie & masuk bilik No.9 untuk buat appointment tu.

So tak nak lengah-lengah tghhari 26 mar tu gee ke KK Puchong, tengok-tengok date yg free & it was today 3 apr 2012..So berjaya book 1 slot untuk gee sebab tunang dah buat kat Kelantan.

Hari nie alhamdulillah dah selesai 1 part...dah boleh menari sket sebelum menyayi ;P




Jom tengok gambar & step-step untuk HIV test kat KK Puchong:




Step 1:
Call mana-mana Klinik Kesihatan untuk buat appointment. Tapi macam gee, KK Puchong kene pergi kat klinik sendiri untuk buat appointment tau dia tak ambik melalui call. Dah book date dia akan bagi sekali form untuk hiv test nanti.





 Step 2:
Datang awal-awal kalau nak siap cepat lar. If nak datang lewat pun tak ape sebab time appointment nie dari pukul 8am - 4pm.
Beratur kat situ untuk ambik no.giliran. Tekan B untuk pesakit luar & temujanji.





 Step 3:
Lepas dah dapat no giliran tunggu kat kaunter No.1 & No 2 untuk pendaftaran (RM1), submit form yang dapat time book date dulu & ke bilik No.9 untuk ambik darah.
No 2009 time 07:04
No. 8001 time 07:41
Kaunter pendaftaran bukak pukul 7:30 & pukul 8:00 baru boleh ambik darah.
So korang pandai-pandai lar mcm mane nak set time ok.





 Nie lar rupe kaunter 1 & 2







 Step 4:
Dalam pukul 8:08 dah siap cucuk kat bilik No.9 & dia suruh tunggu kat luar sementara nak tau keputusan. 8:21 dia panggil nama, gee ingat dah siap rupe-rupanye belum & gee kena cucuk lagi sekali sebab yang 1st test tu alat dia tak berfungsi...Nasib badan 2x kene cucuk tu..nyut nyut nyut je jari nie...
Tak sampai 5minit dah dapat keputusan...selesai...

Summary:
7:00 sampai KK Puchong
7:04 ambik no pendaftaran
7:41 ambik no untuk cucuk
8:08 cucuk yang pertama
8:21 cucuk yang kedua ;(
8:22 dah siap & boleh pegi kerja
Horryyy tak perlu ambik cuti...





Borang yang akan korang dapat time booking date.





 Borang dari Jabatan Agama Johor
Tq Ma sebab postkan borang nie...





Tak lupe jugak pada adik saya sebab temankan saya menjalankan HIV test ini...
lap lap lap u lah ;p

2 comments:

  1. argh tak suka tgk darah.. ngeri.. mcm mana la nnt i nak buat ujian HIV tu :(

    ReplyDelete
  2. kan...berdenyut2 dua dua jari gee lepas kene cucuk.hehe nasib badan org lain kene cucuk 1x je tp gee kena 2x
    mawar, jgn risau...tak de lar sakit mane pun ;D

    ReplyDelete