Thursday, April 19, 2012

Proses Permohonan Nikah Kelantan & Johor (Interview) Selesai Alhamdulillah

Note: Entry ini panjang tau...sebab nak cerita pasal pengalaman gee dalam uruskan permohonan nikah.

Permohonan Pihak Lelaki

Tunang gee orang kelantan so dia kena ambil Borang 1 & Borang 2A kat Pejabat Agama Kota Bharu. Dia kena completekan borang dia dulu pastu dah siap kena past pada gee untuk gee submit kat Pejabat Kadi Mersing, Johor.

Nie dokumen yang pihak lelaki kena bagi pada pihak perempuan:

1. Borang 1 (Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin Lelaki)
2. Borang 2A (Surat Kebenaran Berkahwin Luar Negeri)
3. Keputusan HIV Test
4. Salinan I/C pengantin lelaki
5. Original & Salinan Sijil Kursus Kahwin
6. Surat Akuan Bujang

Borang 1


Borang 2A (Surat Kebenaran Berkahwin Luar Negeri)


Keputusan HIV Test


Permohonan Pihak Perempuan


Step 1 :
Ambil Borang 2, Borang Maklumat Wali & Borang HIV Test di Pejabat Kadi Negeri masing-masing. Macam gee menetap kat Mersing, Johor so kena ke sana la kan...

Tapi gee mintak tolong ma untuk ambilkan borang tu & postkan pada gee. Masa nak ambil borang tu wakil kena bawak salinan I/C bakal pengantin. Pastu bayar RM5.00 untuk semua borang.

Macam kes gee, wali ialah atuk dan atuk tak boleh datang ke majlis gee nanti (tengok kesihatan dia if mengizinkan dia akan datang). So gee kena balik Besut, Terengganu jumpa atuk untuk dapatkan surat wali wakalah.

Last week on 9 Apr 2012 pegi pejabat agama besut untuk dapatkan surat tu. Untuk proses dapatkan surat wali wakalah, gee kena bawak atuk (wali) & 2 orang saksi (lelaki).
Pegawai pendaftar tu akan mintak wali baca dengan jelas dihadapan gee, pegawai tersebut dan saksi. Kemudian tandatangan kat depan pegawai tu.

Alhamdulillah selesai satu hal. 


Borang 2

Borang Maklumat Wali

Borang Wali Wakalah (dapat borang dari Pejabat Agama Besut, Terengganu)

 
Keputusan HIV Test

Step 2 :
Dah selesai dengan semua borang kat atas, gee balik Mersing, Johor pd 16 Apr 2012 pulak untuk submit borang-borang tu & untuk interview. Rasenya semua orang dah tahu kot kat johor ade interview sebelum dapatkan borang-borang lain.

Hehe kalau nak ikutkan berdebar tu memang lar, tapi jangan takut. Bukak balik buku Fardhu Ain untuk refresh ape2 yang kita kena refresh.

Nie dokumen yang gee kena sediakan untuk submit pada pejabat kadi mersing sebelum interview dan dapat borang-borang yang lain:
1. Borang 2 (Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin Perempuan)
2. Borang Maklumat Wali
3. Borang Wali Wakalah
4. Keputusan HIV Test
5. Surat Akuan Bujang
6. Original & Salinan Sijil Nikah Ibu Bapa (Jika pengantin anak perempuan pertama)
7. Original & Salinan Surat Kematian Ayah (Jika ayah meninggal)
8. Original & Salinan IC Pengantin Perempuan
9. Salinan I/C Wali
10. Salinan I/C ibu
11. Salinan I/C 2 orang saksi borang
12. Termasuk sekali dengan dokumen dari pihak lelaki (rujuk info pemohonan pihak lelaki)


 1. Daftar & submit borang dekat abang yang pakai cermin mata tu.
2. Kena isi online form jabatan agama johor & print slip untuk interview kat abang yang pakai kopiah putih tu.
3. Masuk dalam bilik untuk interview. Bilik interview dekat pakcik yang pakai baju putih tu. 


Borang Interview

Haaa kat atas tu gambar borang untuk interview kat negeri johor. Hehe dah tau kan soalan yang diaorang akan tanye so ape lagi, pada bakal pengantin sila buat ulangkaji dulu ok...perbetulkan mana yang perlu diperbetulkan. ;D

Nak tau ape yang ditanya oleh Ustazah .... urmmm lupa lar nama dia. Meh gee nak kabor...

1. Mengucap kalimah syahadah berserta maksud
2. Bacaan Al-Fatihah
3. Kenapa bacaan Al-fatihah wajib dalam solat?
sebab Al-fatihah adalah rukun solat
4. Bacaan Doa Qunut
5. Nyatakan Rukun Islam.
Mengucap kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa dibulan ramadhan, menunaikan zakat & menunaikan haji jika mampu.
6. Apa najis Mughallazah?
Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya.
7. Terangkan cara untuk menyuci najis tersebut?
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh kali.Sekali darinya dengan air tanah,iaitu air yang dicampur dengan tanah yang suci.
Jika tidak hilang najis itu sehingga beberapa kali maka dikira sekali sahaja,maka hendaklah ditambah enam kali lagi.
8. Apakah nafkah zahir dan batin?
Nafkah zahir ialah nafkah yang diwajibkan ke atas seorang suami dengan sebab akad perkahwinan yang sah dan isteri patuh serta taat kepada suaminya. Nafkah yang diwajibkan ialah sebarang keperluan hidup bagi seseorang insan yang merangkumi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal yang sempurna.
Nafkah batin ialah memenuhi keperluan nafsu dengan istimta’ (perhubungan suami isteri).

So korang dah taukan antara soalan & jawapannye..Setiap orang lain yang mereka dapat. So korang bersedia lar eh...Jawapan kat atas tu gee cari kat buku supaya lebih tepat.

Sepanjang interview tu banyak yang ustazah tu nasihat dan contoh pengalaman dia dalam perkahwinan. Kesimpulanya interview nie memang bagus kalau buat, mane yang kita tak tahu atau pasti kita boleh dapat ilmu kat sini..tak lar lepas kahwin nanti tak tau ape2.

Alhamdulillah lulus interview...Lepas tu korang bawak borang interview tu kat kaunter depan dan ambik borang seperti kat bawah nie dengan bayaran RM25.

Borang-borang kat bawah nie kena bagi kat jurunikah. Bagi kat dia seelok-eloknye 3 minggu sebelum majlis nikah.

Borang 3 (Borang Kebenaran Pendaftar Untuk Berkahwin)

Senarai Semak Pelaksanaan Majlis Akad Nikah

Borang 6 (Borang Permohonan Untuk Mendaftar Perkahwinan)

Borang 8 (Sijil Nikah - ada 4 salinan, 2 warna merah 2 warna putih)


Pejabat Kadi jugak ada bagi buku macam kat bawah nie untuk rujukan pengantin sebagai panduan aturcara majlis nikah.


Buku Panduan Akad Nikah Modul Keluarga Sakinah

Antara isi kandungan dalam buku

Gee rase tu je kot info yang gee boleh kongsi dengan semua B2B Johor..If ade ape2 nak tanye nanti tanye lar, insya-allah gee bgtahu.

Alhamdulillah dah boleh nikah ;D




10 comments:

  1. yeayy tq...boleh jdkan pandaun tp atie yang lelakinya is johor..tp same je lebey kurang sbnrnye ..:)

    ReplyDelete
  2. atie : yup same je sebenarnye...hope dpt membantu.. ;D

    ReplyDelete
  3. tau kna intrview,tp xtau soalannye..o,tu antara soalannye eh?hehe..sape yg interviewer tu??

    ReplyDelete
  4. zal : tak ingat namenye...kenape? ;D

    ReplyDelete
  5. Salam kenall... tahniah pengantin baru!
    K.Izan google2 pasal Burger bakar sampai ke sini pulak ehehheheh

    anyway K.Izan org Johor gakk.. samalah dgn cara sakinah tu..
    tapi hati2 display borang2 peribadi kat blog ni.. lengkap segala information kamu berdua siap no IC & tandatangan tuhh.. takut ada orang salah gunakan nantii..

    anyway semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa...! aminnnnn

    ReplyDelete
  6. Salam Gee.. Nak tanya la.. yang kat Borang permohonan kawin part 2 org saksi tu.. perlu tak saksi tandatangan?

    ReplyDelete
  7. Salam,
    tandatangan saksi perlu

    ReplyDelete
  8. Tumpang tanye pasal interview 2...

    interview 2 untuk anak johor sahaja atau sape-sape yg akan kawin dgn org johor pn kena interview jgk?

    ReplyDelete
  9. salam..
    nk tye...
    misal ye lelaki ye asl seremban ngri sembilan..
    perempuan ye asl mersing johor..
    lelaki ye kna interview jgak kew kat jhor..

    ReplyDelete
  10. tentang surat akuan bujang tu boleh cerita sket tak mcm mane prosedurnya.. ^_^

    ReplyDelete