Showing posts with label Wedding Preparation. Show all posts
Showing posts with label Wedding Preparation. Show all posts

Monday, May 28, 2012

VEIL Idaman



Salam semua ;D

Lagi 4 hari nak sampai hari bahagia untuk kami.. Alhamdulillah semua dah hampir siap. Kat kampung nenek, mak, nyang & orang kampung sibuk dgn persiapan...Semalam mak call cakap pelamin dah sampai kat rumah, insya-Allah esok malam pasang. hehe pengantinnye belum reti-reti nak balik...skg pun masih kat office...Gee & adik akan balik esok insya-Allah.

Diaorg pasang awal sebab ade a few wedding end of this week. So kena pasang awl2 takut tak sempat. Kemah pun esok rasenye pasang.

Ingat lagi tak contest yang gee join ari tu, ala contest yang dapat veil tu. Alhamdulillah veil tu dah sampai pagi tadi & gee amat sukakan veil tu...terima kasih banyak2 kak fainie.

Esok nak pegi ambik baju sanding pulak kat Rins Suzana. Baju sanding nie menang contest yang Pameran Pengantin buat kat Facebook. Gee dapat voucher RM1000 untuk sewaan mana-mana pakaian lelaki & perempuan beserta aksosari.

Alhamdulillah & Insya-Allah nanti gee akan update lagi...Banyak lagi post yang pending nie.


Thursday, April 19, 2012

Proses Permohonan Nikah Kelantan & Johor (Interview) Selesai Alhamdulillah

Note: Entry ini panjang tau...sebab nak cerita pasal pengalaman gee dalam uruskan permohonan nikah.

Permohonan Pihak Lelaki

Tunang gee orang kelantan so dia kena ambil Borang 1 & Borang 2A kat Pejabat Agama Kota Bharu. Dia kena completekan borang dia dulu pastu dah siap kena past pada gee untuk gee submit kat Pejabat Kadi Mersing, Johor.

Nie dokumen yang pihak lelaki kena bagi pada pihak perempuan:

1. Borang 1 (Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin Lelaki)
2. Borang 2A (Surat Kebenaran Berkahwin Luar Negeri)
3. Keputusan HIV Test
4. Salinan I/C pengantin lelaki
5. Original & Salinan Sijil Kursus Kahwin
6. Surat Akuan Bujang

Borang 1


Borang 2A (Surat Kebenaran Berkahwin Luar Negeri)


Keputusan HIV Test


Permohonan Pihak Perempuan


Step 1 :
Ambil Borang 2, Borang Maklumat Wali & Borang HIV Test di Pejabat Kadi Negeri masing-masing. Macam gee menetap kat Mersing, Johor so kena ke sana la kan...

Tapi gee mintak tolong ma untuk ambilkan borang tu & postkan pada gee. Masa nak ambil borang tu wakil kena bawak salinan I/C bakal pengantin. Pastu bayar RM5.00 untuk semua borang.

Macam kes gee, wali ialah atuk dan atuk tak boleh datang ke majlis gee nanti (tengok kesihatan dia if mengizinkan dia akan datang). So gee kena balik Besut, Terengganu jumpa atuk untuk dapatkan surat wali wakalah.

Last week on 9 Apr 2012 pegi pejabat agama besut untuk dapatkan surat tu. Untuk proses dapatkan surat wali wakalah, gee kena bawak atuk (wali) & 2 orang saksi (lelaki).
Pegawai pendaftar tu akan mintak wali baca dengan jelas dihadapan gee, pegawai tersebut dan saksi. Kemudian tandatangan kat depan pegawai tu.

Alhamdulillah selesai satu hal. 


Borang 2

Borang Maklumat Wali

Borang Wali Wakalah (dapat borang dari Pejabat Agama Besut, Terengganu)

 
Keputusan HIV Test

Step 2 :
Dah selesai dengan semua borang kat atas, gee balik Mersing, Johor pd 16 Apr 2012 pulak untuk submit borang-borang tu & untuk interview. Rasenya semua orang dah tahu kot kat johor ade interview sebelum dapatkan borang-borang lain.

Hehe kalau nak ikutkan berdebar tu memang lar, tapi jangan takut. Bukak balik buku Fardhu Ain untuk refresh ape2 yang kita kena refresh.

Nie dokumen yang gee kena sediakan untuk submit pada pejabat kadi mersing sebelum interview dan dapat borang-borang yang lain:
1. Borang 2 (Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin Perempuan)
2. Borang Maklumat Wali
3. Borang Wali Wakalah
4. Keputusan HIV Test
5. Surat Akuan Bujang
6. Original & Salinan Sijil Nikah Ibu Bapa (Jika pengantin anak perempuan pertama)
7. Original & Salinan Surat Kematian Ayah (Jika ayah meninggal)
8. Original & Salinan IC Pengantin Perempuan
9. Salinan I/C Wali
10. Salinan I/C ibu
11. Salinan I/C 2 orang saksi borang
12. Termasuk sekali dengan dokumen dari pihak lelaki (rujuk info pemohonan pihak lelaki)


 1. Daftar & submit borang dekat abang yang pakai cermin mata tu.
2. Kena isi online form jabatan agama johor & print slip untuk interview kat abang yang pakai kopiah putih tu.
3. Masuk dalam bilik untuk interview. Bilik interview dekat pakcik yang pakai baju putih tu. 


Borang Interview

Haaa kat atas tu gambar borang untuk interview kat negeri johor. Hehe dah tau kan soalan yang diaorang akan tanye so ape lagi, pada bakal pengantin sila buat ulangkaji dulu ok...perbetulkan mana yang perlu diperbetulkan. ;D

Nak tau ape yang ditanya oleh Ustazah .... urmmm lupa lar nama dia. Meh gee nak kabor...

1. Mengucap kalimah syahadah berserta maksud
2. Bacaan Al-Fatihah
3. Kenapa bacaan Al-fatihah wajib dalam solat?
sebab Al-fatihah adalah rukun solat
4. Bacaan Doa Qunut
5. Nyatakan Rukun Islam.
Mengucap kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa dibulan ramadhan, menunaikan zakat & menunaikan haji jika mampu.
6. Apa najis Mughallazah?
Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya.
7. Terangkan cara untuk menyuci najis tersebut?
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh kali.Sekali darinya dengan air tanah,iaitu air yang dicampur dengan tanah yang suci.
Jika tidak hilang najis itu sehingga beberapa kali maka dikira sekali sahaja,maka hendaklah ditambah enam kali lagi.
8. Apakah nafkah zahir dan batin?
Nafkah zahir ialah nafkah yang diwajibkan ke atas seorang suami dengan sebab akad perkahwinan yang sah dan isteri patuh serta taat kepada suaminya. Nafkah yang diwajibkan ialah sebarang keperluan hidup bagi seseorang insan yang merangkumi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal yang sempurna.
Nafkah batin ialah memenuhi keperluan nafsu dengan istimta’ (perhubungan suami isteri).

So korang dah taukan antara soalan & jawapannye..Setiap orang lain yang mereka dapat. So korang bersedia lar eh...Jawapan kat atas tu gee cari kat buku supaya lebih tepat.

Sepanjang interview tu banyak yang ustazah tu nasihat dan contoh pengalaman dia dalam perkahwinan. Kesimpulanya interview nie memang bagus kalau buat, mane yang kita tak tahu atau pasti kita boleh dapat ilmu kat sini..tak lar lepas kahwin nanti tak tau ape2.

Alhamdulillah lulus interview...Lepas tu korang bawak borang interview tu kat kaunter depan dan ambik borang seperti kat bawah nie dengan bayaran RM25.

Borang-borang kat bawah nie kena bagi kat jurunikah. Bagi kat dia seelok-eloknye 3 minggu sebelum majlis nikah.

Borang 3 (Borang Kebenaran Pendaftar Untuk Berkahwin)

Senarai Semak Pelaksanaan Majlis Akad Nikah

Borang 6 (Borang Permohonan Untuk Mendaftar Perkahwinan)

Borang 8 (Sijil Nikah - ada 4 salinan, 2 warna merah 2 warna putih)


Pejabat Kadi jugak ada bagi buku macam kat bawah nie untuk rujukan pengantin sebagai panduan aturcara majlis nikah.


Buku Panduan Akad Nikah Modul Keluarga Sakinah

Antara isi kandungan dalam buku

Gee rase tu je kot info yang gee boleh kongsi dengan semua B2B Johor..If ade ape2 nak tanye nanti tanye lar, insya-allah gee bgtahu.

Alhamdulillah dah boleh nikah ;D




Tuesday, April 17, 2012

Rezeki Nak Kahwin

Alamak!!! Lagi 45 hari....macam tak cukup masa je nak buat preparation untuk majlis nanti. Pening-pening, diy byk lagi tak siap...kehkeh tu lar kan gatal, semua benda nak diy...amacam sekarang kan dah pening...tanggung lar ;p




Ok back to topic, Jumaat lepas dapat email dari fainie, dia bagtau gee menang contest yang dia buat ari tu...contest nie 'One Dream Veil Contest'
If fainie tak bagitau memang gee tak perasan sebab last week memang sibuk dengan urusan borang nikah.

Alhamdulillah sekali lagi...
Terima kasih banyak-banyak sebab bagi hadiah yang amat best...

Tuesday, April 3, 2012

HIV TEST DONE

Alhamdulillah dah siap 1 part dalam proses nak isi permohonan kahwin. Mula-mula tu berdebar jugak sebabnye 26 mar 2012 hari tu call klinik kesihatan kat Putrajaya untuk buat appointment, tapi pegawai kat situ cakap untuk hiv test pra perkahwinan date yang diaorg free is pada pertengahan May 2012...opssss macam mane ni???

Call pulak kat Klinik Kesihatan Puchong, dia cakap tak boleh buat appointment melalui phone, kamu kena datang sendiri kat klinik nie & masuk bilik No.9 untuk buat appointment tu.

So tak nak lengah-lengah tghhari 26 mar tu gee ke KK Puchong, tengok-tengok date yg free & it was today 3 apr 2012..So berjaya book 1 slot untuk gee sebab tunang dah buat kat Kelantan.

Hari nie alhamdulillah dah selesai 1 part...dah boleh menari sket sebelum menyayi ;P




Jom tengok gambar & step-step untuk HIV test kat KK Puchong:




Step 1:
Call mana-mana Klinik Kesihatan untuk buat appointment. Tapi macam gee, KK Puchong kene pergi kat klinik sendiri untuk buat appointment tau dia tak ambik melalui call. Dah book date dia akan bagi sekali form untuk hiv test nanti.





 Step 2:
Datang awal-awal kalau nak siap cepat lar. If nak datang lewat pun tak ape sebab time appointment nie dari pukul 8am - 4pm.
Beratur kat situ untuk ambik no.giliran. Tekan B untuk pesakit luar & temujanji.





 Step 3:
Lepas dah dapat no giliran tunggu kat kaunter No.1 & No 2 untuk pendaftaran (RM1), submit form yang dapat time book date dulu & ke bilik No.9 untuk ambik darah.
No 2009 time 07:04
No. 8001 time 07:41
Kaunter pendaftaran bukak pukul 7:30 & pukul 8:00 baru boleh ambik darah.
So korang pandai-pandai lar mcm mane nak set time ok.





 Nie lar rupe kaunter 1 & 2







 Step 4:
Dalam pukul 8:08 dah siap cucuk kat bilik No.9 & dia suruh tunggu kat luar sementara nak tau keputusan. 8:21 dia panggil nama, gee ingat dah siap rupe-rupanye belum & gee kena cucuk lagi sekali sebab yang 1st test tu alat dia tak berfungsi...Nasib badan 2x kene cucuk tu..nyut nyut nyut je jari nie...
Tak sampai 5minit dah dapat keputusan...selesai...

Summary:
7:00 sampai KK Puchong
7:04 ambik no pendaftaran
7:41 ambik no untuk cucuk
8:08 cucuk yang pertama
8:21 cucuk yang kedua ;(
8:22 dah siap & boleh pegi kerja
Horryyy tak perlu ambik cuti...





Borang yang akan korang dapat time booking date.





 Borang dari Jabatan Agama Johor
Tq Ma sebab postkan borang nie...





Tak lupe jugak pada adik saya sebab temankan saya menjalankan HIV test ini...
lap lap lap u lah ;p

Thursday, December 29, 2011

DIY : Fabric Flower

Trend yang tengah in sekarang gee rasa bunga fabric 3D. Macam-macam bentuk dan cara nak buat bunga 3D nie.

Cara nak buat pun nampak senang tapi kene tambah dengan rajin & kreatif baru boleh jadi. Kalau raja malas dah datang baik buang jauh raja M tu, kalau biar rasanye tak bergerak lar projek DIY nie.

Kat bawah nie gee ade linkkan blog2 yang ada buat tutorial menDIY bunga 3D. Untuk rujukan bersama.


Klik gambar untuk cara-cara diy

Jones Design Company


Simply Vintage Girl


Rachel Red Lips


Simple Analogy


Emily's Little World


Banyak lagi yang ada kat mr google, search je 'fabric flower tutorial' mesti semua tersenyum riang sebab masalah nak menDIY bunga 3D dah selesai.

.H.A.P.P.Y.       .D.I.Y.


Warna Baju Nikah & Sanding Bertukar



Hari tu gee ade buat review pasal warna pada hari nikah & sanding untuk pengantin, family & pengapit kan (the post). Tapi lepas balik dari bandung hari tu, ade sedikit perubahan warna untuk semua.

Semua nie sebab warna yang gee cari tu tak jumpe kat kedai yang gee terjah + dah pening nak buat pilihan hehe maklum ajelah kat sane macam-macam warna ade, mula lar rambang mata nak memilih.

Last-last pilih lar macam gambar kat bawah nie...








Warna untuk Groom & Bride


Warna untuk Pengapit


Warna Untuk family
*kain untuk family time nikah bukan macam gambar, sebab tak snap pic lagi. Warnanya saja yang sama 'Yellow'

Keseluruhannya warna untuk time nikah berubah sepenuhnya dari hijau pada kuning & time sanding kekal sama cuma untuk family warna jadi off white.

Sekarang nak hantar baju pi jahit je. Nanti gee review pasal design baju macam mane pulak untuk nikah & sanding nanti.

Tuesday, November 15, 2011

Nikah & Resepsi (Color Inspiration)

ENTRY BERGAMBAR
v
v
v
v
v
v
v
v



Nikah Outfit (Bride & Groom)


Resepsi Outfit (Bride & Groom)


 Nikah Outfit ( Family)


 Resepsi Outfit (Family)


 Pengapit Outfit (Nikah)


Pengapit Outfit (Resepsi)



So sekarang tengah dok pikir nak kain jenis ape, nak beli berape meter, nak tempah kat mane, design macam mane & macam2 lagi tegah berkumpul idea kat otak...uishk pening

Monday, November 14, 2011

Jabatan Imigresen Malaysia

Semalam aktiviti rasenye semua perlukan kesabaran menunggu. Pagi tu dalam pukul 10 gerak ke Presint 15, Putrajaya untuk buat & renew Passport. Jabatan Imigresen Malaysia kat Presint 15 nie buka setiap hari termasuk hari Sabtu & Ahad tapi untuk 2 hari tu waktu operasi start dari 8:00pg - 1:00tgh.

Sampai sane mule la tercari-cari mane tempat nak amik borang, kami 1st time datang kat situ so agak susah lar sikit bagi kami. Sampai kat satu ruang tu kami tengok bukan main panjang barisan, tapi tak tau diaorang beratur utk ape. Dengan ringan mulut Mesa(adik) tanye org kat situ mane nak ambik borang n beratur nie utk ape? Jawapannya : Ambik borang terus kat mane-mane kaunter n beratur nie untuk ambik no.giliran (Kaunter 5).

So kami masuk kedalam untuk amik borang n Ya Allah punye lah penuh orang kat dalam tu, mula lar terpikir "Kita datang next week jer lar, nie tah pukul berape siap", tu dah ayat tension n malas. Tapi bila pikir balik alang-alang dah sampai baik buat je terus, nanti if datang next week macam nie jugak tak ke menyesal. So nekad terus ambik borang, isikan dulu mane yang tahu & beratur untuk ambik no. Sebelum datang korang kena sediakan dulu I/C Original (make sure chip anda berfungsi if tak kene bawak birth certificate @ tukar I/C baru), Salinan I/C dan gambar passport 2 keping.

Time tengah beratur nak ambik no. tetiba datang staff mintak separuh dari yang beratur tu masuk dalam untuk ambik no. & staff tu tutup pintu. Sebabnya no dah habis so sape yang datang selepas pukul 11:15pg tak kan dapat no. (hari lain gee tak tau keadaan macam mane, so sila datang awal) Cakap dengan adik "Fuuhhhh nasib baik dia tak sekat kat kita kalau tak mahu mengamuk sebab tak dapat no." So kami dapat lar no. & no. kami 1228 & 1229. No. sekarang 1070 ade 158 orang lagi sebelum sampai turn kami dipanggil.

Ok nie time tunggu turn no. dipanggil, staff yang tadi jugak buat announcement yang system diaorang off line satu Malaysia & technician diorang kat HQ dah buat ape yang patut untuk betulkan balik system tu & akan diberitahu balik if system dah ok. Hurmmm DUGAAN DUGAAN...Dalam 12:25 system diaorang dah ok ALHAMDULILLAH :D

Dalam pukul 2:50ptg no. ktorang dipanggil untuk buat permohonan & dalam pukul 3:20 dipanggil untuk buat payment RM100 untuk 2 Tahun & staff bagitahu yang passport tak sempat siap hari nie n kene ambik keesokkan hari atau sebelum 3bulan dari tarikh resit. So nanti if free kami datang lar ambik...


Review gambar pulak eh
  

 Keadaan kat kaunter lepas system online

 View kat kaunter pembayaran & kaunter serahan

 Adik yang banyak tanye, bagusss


 Nombor kami yang penyabarrrrrrr

 Dah siap & nak balik tapi hujan amat lebat diluar

Lebatkan....













Next Month nak ke BANDUNG
Yeepiiiiiii