Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Every Child Is Special



Taare Zameen Par, satu lagi cerita arahan Aamir Khan yg menarik mintak gee untuk tengok dan hayati, ape yang tersurat & tersirat. Kisah mengenai seorang kakan-kanak yang berumur 8 tahun yang susah nak mengenal huruf, nombor dan membaca. Selalu didenda dan dimarahi guru dan ayahnya, tapi kedatangan guru seni (Aamir Khan) akhirnya dapat selesaikan masalah Ishaan....nak tau selanjutnya tgk cerita nie ok...tak silap last Saturday kuar kat TV3.Tapi tak sempat nak tgk habis sebab nak balik kampung time tu...So balik raya, pegi kedai n rent cerita nie...amat digalakkan untuk tengok tau.

1st dulu gee tengok cerita 3 Idiot, jalan cerita cerita nie pun menarik...tengok berkali2 pun takkan boring, betul tak tipu...Kesimpulan cerita arahan Aamir khan nie amat sesuai utk semua tengok, ceritanya penuh dengan isi yang patut kita praktikkan...




*sELaMaT MenONtoN*

Thursday, April 28, 2011

Red Riding Hood




Aktiviti hari nie ialah tengok movie... Cerita nie best lar bg saya. Pi tgk dgn housemate, antara cerite ROOM MATE dgn RED RIDING HOOD, cerita RRH lagi best lar kalau nak tgk...

Sinopsis lebih kurang macam nie:

Valerie (Amanda Seyfried) adalah seorang wanita muda yang cantik yang menghadapi dilema antara dua lelaki. Dia jatuh cinta dengan penebang kayu, Peter (Shiloh Fernandez), tetapi orang tuanya sudah mengatur baginya untuk menikah dengan Henry (Irons), seorang pemuda kaya. Tidak mahu kehilangan satu sama lain, Valerie dan Peter merangcang untuk melarikan diri bersama-sama setelah mengetahui bahawa kakak Valerie telah dibunuh oleh serigala jadian yang mencari kesempatan di hutan gelap sekitar kampung mereka.

Selama bertahun-tahun, penduduk kampung telah mempertahankan gencatan senjata dengan binatang itu kerana serigala jadian itu mahukan pengorbanan haiwan setiap bulan mengambang bagi menjamin keamanan kampung. Tetapi bila tiba bulan mengambang merah, serigala telah meminta taruhan yang lebih berat iaitu manusia sebagai korban.

Dikuasai rasa untuk membalas dendam, orang kampung telah memanggil pemburu serigala jadian terkenal Paderi Salomo (Oldman), untuk membantu mereka membunuh serigala jadian itu. Siapakah sebenarnya serigala jadian itu kerana salah seorang daripada orang kampung itu adalah sebenarnya serigala jadian....

Nak tau lebih lanjut ape kata try pi tgk cerita tu ;D

Tuesday, April 5, 2011

KaraK (Official Trailer)





Cite seram Volkswagen kuning

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Kredit to : zuarxpdc

26 May 2011 nie ade citer best "KARAK' by KRU...jom ramai2 kt tengok citer nie...

Sinopsis Movie Karak - Laluan Puaka

Kami rasa semua rakyat Malaysia tahu akan sejarah lebuhraya Karak atau tempat itu sendiri. Banyak kemalangan ngeri yang kita dengar berlaku disitu. Ada juga yang berkata ternampak makhluk halus kerana banyaknya kejadian ngeri yang berlaku.

Dari perkara itu, KRU Studios keluar dengan filem seram terbaru dan pertama arahan Yusri Abdul Halim, "Karak". Menceritakan empat pelajar kolej yang ingin pulang ke Kuantan setelah berhibur di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang, mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan telah mengambil keputusan menggunakan jalan singkat. Semasa menggunakan jalan singkat tersebut macam-macam perkara telah berlaku dan mereka telah terserempak dengan Volkswagen berhantu yang berada disitu.

Antara pelakon yang terlibat dalam "Karak" ialah Shahir, Sheera Ayob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussien. Filem yang diadaptasi dari kisah benar ini telah ditulis oleh Norman KRU dan bakal ditayangkan tahun ini.

Kredit to: KRU Studios

Wednesday, January 26, 2011

:: K.H.U.R.A.F.A.T ::

Aktiviti hari minggu lepas ialah tengok cite KHURAFAT, bersame2 dgn housemate. Cita nie mmg diwar-warkan menarik, seram n mcm2 lagi lar. So tergerak lar nak tgk, nak tau lar ape yang best sangat.

Masuk je dlm hall kat barisan depan ktorg satu family bersame 5 org anak...lawak tgk diaorg masing2 berebut nak duduk tengah2 coz takut nak duduk kat tepi.

Lepas tengok boleh bagi rating 4/10...hantu menakutkan tp ending mcm tak best sangat...So if u all nak tau cite tu boleh lar tgk utk kepuasan sendiri.Masing-masing ada pendapat sendiri kan, so enjoy the movie...






Kemudian kitorg serang MCD sebelum balik rumah. Borak-borak n dah tu balik...

Thursday, September 30, 2010

MAGIKA 28 sept 2010 at GSC, OU 9:30pm











"Nie la MAIZURA my housemate yg menang quiz tu"


Menang quiz kat FB lagi...tapiiiii bukan sy my housemate pulak huhuhu..dpt pi tgk MAGIKA ngan Leya Hot FM... Hai bulan nie asyik dpt kuar ngan artis jek, almaklum laer jarang sekali nak dapat lepak2 dgn mereka.

Pi OU lepas Maghrib, kumpul kat Starbucks, New Wing. Nak mencari punye lar susah. Ape taknye nak dtg sini jarang sekali, ade sebab je baru datang..tp last2 jumpe jugak.

9:20pm ktorang pi ke GSC, skli lagi leya belanje all the pop corn set. Cite Magika ni mmg dicadangkan semua pegi tengok, sebab cite nie mmg menarik n menarik n menarik...tak rugi pegi tengok...So sape-sape yang belum pi tengok lagi baik lar pi cepat2 eh...

So Leya, thanks 4 everything..U mmg best lar ~~~~love u~~~~

Friday, July 16, 2010

Update - Part 5a

10 July 2010; Predators & Sticker

Sedang i berbual dgn kak norah and my officemate pasal design baju tu, my en.N.A.S call ajak lunch. I ingatkan dia dah balik coz smlm dia cakap lepas keje siap dia akan terus balik, rupenye program tukar subuh esk baru nak gerak. So i bgtau hr nie i nak pegi buat sticker untuk lekatkan atas door gift yg beli hari tu, kalau nak lunch kt lunch kat IOI je la senang skt coz ape yg i nak beli tu ade kat sane... Ok done dia agree n plus lagi satu dia nak i teman dia pulak tgk cite predators ganti cite yg smlm ktorag tgk. Hurmmmm nak tak nak pi la jugak. Overall cite ok tp blr sket coz predators yg sebelum nie i tak tgk so tak tau la mcm mane jalan cite ni...

Lepas lunch n tgk movie, ktorang pegi tempah sticker tu murah je RM20 for 100pcs for that design lar...ade banyak design n harganye pon lain-lain. So decide ur own design ok...




* The movie PREDATORS*







*The gift n the sticker*

Update - Part 4

8 July 2010; The Twilight Saga : Eclipse

Hari nie keje macam biase, mengadap PC ni dari pg smp petang smp naik senak mate nie. Kalau la en.N.A.S ade blh lar pi tgk ECLIPSE, hari ni kan hari khamis cite tu dah start showing.hmmmm...best nye cite nie sukeee sgtttt. Balik umah aktiviti mcm biase la tgk tv tak pon tgk dvd. Tengah layan dvd yg i tgk hehehe guess what???? my en.N.A.S call bg tau dia OTW ke puchong dr Kuantan...Wahhh happynye esk boleh ajak pi tgk wayang...lalala

So on 9 July 10 time lunch hour i pegi la GSC IOI beli tiket, online dah fully booked la so kenela pi beratur beli tiket tu nak tengok sangat kannnn. Huhu nasib baik ade so mlm tu kt tgk midnight tau, tp en.N.A.S tak berape nak tengok cite nie boring katenye tp tak kira nak pakse jugak dia temankan i pegi tgk...(hehe konflik berlaku lagi, payah la i ni). I bagi 10star for this movie. I LOVE IT!!!!