Thursday, September 15, 2011

Uishk dah nak habis Syawal

Salam Syawal semua...hari ni dah masuk 17 syawal kita beraya, baru skg lar sibuk2 nak update sket cerita pasal raya..hehehe sungguh tertinggal.

Sepanjang raya tahun nie alhamdulillah semuanya meriah, tahun nie ramai sungguh jejaka bujang...ye lar dulu semuanya kecik2 lagi, skg nie semua dah membesar so rumah macam penuh dgn teruna sampaikan yang anak dara pun tak nampak. Tapi sangat meriah :D

Last day buka puasa si teruna semua buat BBQ, yang pempuan pula sibuk membuat persiapan lauk untuk pagi raya. Tahun nie tugas gee plk kena buat rendang daging. Punya lar mencari2 resepi, nasib baik menjadi...time kasih periuktanah atas resepi rendang tu.

Aktiviti dipagi raya seperti semua orang jugak, solat hari raya, bersalaman dgn family, makan2, beraya dgn saudara-mara yang datang ke rumah dan petang raya seperti biasa kami yang bujang2 akan ke pantai untuk bermandi manda...Rumah gee sangat dkt dgn Pantai Air Papan, Mersing Johor so menjadi aktiviti wajib kami dipetang raya mandi manda bersama-sama...

















Esok cuti Malaysia Day dan gee n family pak andak akan ke Terengganu, ade kenduri kahwin saudara kat sane. So kami akan beraya kat sana pulak. Nanti gee review wedding k.lisa ok....wish me safe journey...


~sambil tu boleh melawat kubur arwah abah, miss him so much~~

No comments:

Post a Comment