Tuesday, April 5, 2011

KaraK (Official Trailer)





Cite seram Volkswagen kuning

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Kredit to : zuarxpdc

26 May 2011 nie ade citer best "KARAK' by KRU...jom ramai2 kt tengok citer nie...

Sinopsis Movie Karak - Laluan Puaka

Kami rasa semua rakyat Malaysia tahu akan sejarah lebuhraya Karak atau tempat itu sendiri. Banyak kemalangan ngeri yang kita dengar berlaku disitu. Ada juga yang berkata ternampak makhluk halus kerana banyaknya kejadian ngeri yang berlaku.

Dari perkara itu, KRU Studios keluar dengan filem seram terbaru dan pertama arahan Yusri Abdul Halim, "Karak". Menceritakan empat pelajar kolej yang ingin pulang ke Kuantan setelah berhibur di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang, mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan telah mengambil keputusan menggunakan jalan singkat. Semasa menggunakan jalan singkat tersebut macam-macam perkara telah berlaku dan mereka telah terserempak dengan Volkswagen berhantu yang berada disitu.

Antara pelakon yang terlibat dalam "Karak" ialah Shahir, Sheera Ayob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussien. Filem yang diadaptasi dari kisah benar ini telah ditulis oleh Norman KRU dan bakal ditayangkan tahun ini.

Kredit to: KRU Studios

No comments:

Post a Comment