Wednesday, November 16, 2011

Scrapaperclip Giveaway Guestbook

Salam semua!!!


Nak Guestbook FREE



A Free A5 size wedding guestbook for 2012 wedding !!!!!!
worth RM180 
 


tak percaya?? tengok kat bawah nie
  

CANTIK UNIK TERTAWAN TERPESONA sampai TERMIMPI-MIMPI :D
  

*Cantik kan*
*antara guestbook yang menarik*


Scrapaperclip ade buat FIRST GIVEAWAY & tarikh tutup giveaway pada
Khamis, 17 Nov 11, 12tgh hari.

So ape lagi cepat-cepat ramai-ramai kita join first giveaway nie & nak tau caranye, senang je

1. Follow blog scrapaperclip
2. Buat post yang simple!
3. Tinggalkan comment dan email kat ruang comment scrapaperclip lepas buat post.

dah itu jer...

So ape lagi jom join....nak tau lebih lanjut klik kat sini tau scrapaperclip
Mane tau ade rezeki boleh menang. Sama-samalah berdoa. Amin....


Pada Farah Diyana Azizan tahniah & semoga scrapaperclip terus berjaya!!

Tuesday, November 15, 2011

Nikah & Resepsi (Color Inspiration)

ENTRY BERGAMBAR
v
v
v
v
v
v
v
v



Nikah Outfit (Bride & Groom)


Resepsi Outfit (Bride & Groom)


 Nikah Outfit ( Family)


 Resepsi Outfit (Family)


 Pengapit Outfit (Nikah)


Pengapit Outfit (Resepsi)



So sekarang tengah dok pikir nak kain jenis ape, nak beli berape meter, nak tempah kat mane, design macam mane & macam2 lagi tegah berkumpul idea kat otak...uishk pening

Monday, November 14, 2011

Jabatan Imigresen Malaysia

Semalam aktiviti rasenye semua perlukan kesabaran menunggu. Pagi tu dalam pukul 10 gerak ke Presint 15, Putrajaya untuk buat & renew Passport. Jabatan Imigresen Malaysia kat Presint 15 nie buka setiap hari termasuk hari Sabtu & Ahad tapi untuk 2 hari tu waktu operasi start dari 8:00pg - 1:00tgh.

Sampai sane mule la tercari-cari mane tempat nak amik borang, kami 1st time datang kat situ so agak susah lar sikit bagi kami. Sampai kat satu ruang tu kami tengok bukan main panjang barisan, tapi tak tau diaorang beratur utk ape. Dengan ringan mulut Mesa(adik) tanye org kat situ mane nak ambik borang n beratur nie utk ape? Jawapannya : Ambik borang terus kat mane-mane kaunter n beratur nie untuk ambik no.giliran (Kaunter 5).

So kami masuk kedalam untuk amik borang n Ya Allah punye lah penuh orang kat dalam tu, mula lar terpikir "Kita datang next week jer lar, nie tah pukul berape siap", tu dah ayat tension n malas. Tapi bila pikir balik alang-alang dah sampai baik buat je terus, nanti if datang next week macam nie jugak tak ke menyesal. So nekad terus ambik borang, isikan dulu mane yang tahu & beratur untuk ambik no. Sebelum datang korang kena sediakan dulu I/C Original (make sure chip anda berfungsi if tak kene bawak birth certificate @ tukar I/C baru), Salinan I/C dan gambar passport 2 keping.

Time tengah beratur nak ambik no. tetiba datang staff mintak separuh dari yang beratur tu masuk dalam untuk ambik no. & staff tu tutup pintu. Sebabnya no dah habis so sape yang datang selepas pukul 11:15pg tak kan dapat no. (hari lain gee tak tau keadaan macam mane, so sila datang awal) Cakap dengan adik "Fuuhhhh nasib baik dia tak sekat kat kita kalau tak mahu mengamuk sebab tak dapat no." So kami dapat lar no. & no. kami 1228 & 1229. No. sekarang 1070 ade 158 orang lagi sebelum sampai turn kami dipanggil.

Ok nie time tunggu turn no. dipanggil, staff yang tadi jugak buat announcement yang system diaorang off line satu Malaysia & technician diorang kat HQ dah buat ape yang patut untuk betulkan balik system tu & akan diberitahu balik if system dah ok. Hurmmm DUGAAN DUGAAN...Dalam 12:25 system diaorang dah ok ALHAMDULILLAH :D

Dalam pukul 2:50ptg no. ktorang dipanggil untuk buat permohonan & dalam pukul 3:20 dipanggil untuk buat payment RM100 untuk 2 Tahun & staff bagitahu yang passport tak sempat siap hari nie n kene ambik keesokkan hari atau sebelum 3bulan dari tarikh resit. So nanti if free kami datang lar ambik...


Review gambar pulak eh
  

 Keadaan kat kaunter lepas system online

 View kat kaunter pembayaran & kaunter serahan

 Adik yang banyak tanye, bagusss


 Nombor kami yang penyabarrrrrrr

 Dah siap & nak balik tapi hujan amat lebat diluar

Lebatkan....













Next Month nak ke BANDUNG
Yeepiiiiiii

Saturday, November 12, 2011

DIY : Bunga Pahar DIP

-Bahan-bahan untuk DIY Bunga Dip-


Bunga Pahar DIP, gee memang dari dulu lagi nak mendiy bunga pahar nie. Gee pun dah bagitau Ma pasal ni & dia setuju jer. Lagipun gee memang dah lame dah start menggoogle cara-cara nak buat bunga dip & nak tengok design bunga macam mane yang nak dibuat.

So far review nampak mudah tapi rasenya macam susah jugak nak buat, urmmm rasenya leceh kat step nak memintal dawai untuk buat kelopak bunga n daun...Hehe entahlar tu gee agak-agak jer. Insya-Allah if gee dah start mendiy bunga dip nie gee akan buat review step by stepnya ok.

Sekarang nie barang-barang belum beli lagi, cadangnya nak beli kat Kedai Bunga Reben kat Jalan TAR. Itu jer kedai yang gee tahu tempat untuk beli barang2 diy tu, kat lain tak tau lar ade ke tak...

Ok stop kat sini dulu, nak sambung buat keje balik...salam


Friday, November 11, 2011

1 year 1 month 1 day



Salam,
Hari nie sure ramai yang bertunang n kahwin kan. Ramai orang cakap date nie cantik 11.11.11, cantik sebab nombornye semua sama kalau pandang dari depan atau belakang tetap sama.

Hari nie jugak genap 1 year 1 month & 1 day kami bertunang, lamakan...tapi mungkin ade yang lagi lama kot dari kami. Insya-Allah tahun depan kami akan diijab kabulkan. Harap semuanya berjalan lancar. Amin