Friday, April 29, 2011

William & Kate The Royal Wedding

LIVE in TLC 707



Siaran Ulangan mlm nie 29 April 2011 kat tv TLC 707 at 9:00pm







Source: incik google



29th April 2011, 3:00pm - 8pm at NTV7 siaran langsung Perkahwinan Prince William & Kate Middleton. Siaran ulangan tak sure plk pukul berapa yang i tau esok 30th April 2011. Tak sabar nak tgk wedding diaorang...

Mereka bertemu untuk pertama kalinya pada tahun 2001 sekarang setelah sepuluh tahun, rakyat British dan pelusuk dunia akhirnya akan menyaksikan perkahwinan diraja mereka.

William melamar kate untuk berkahwin dengannya pada November 2010 ketika mereka sedang bercuti di Afrika. Beliau telah memberikan cincin pertunangan mendiang ibunya Diana, Princess of Wales.

"The ring is special to me" kata Wiliam.



Thursday, April 28, 2011

Red Riding Hood




Aktiviti hari nie ialah tengok movie... Cerita nie best lar bg saya. Pi tgk dgn housemate, antara cerite ROOM MATE dgn RED RIDING HOOD, cerita RRH lagi best lar kalau nak tgk...

Sinopsis lebih kurang macam nie:

Valerie (Amanda Seyfried) adalah seorang wanita muda yang cantik yang menghadapi dilema antara dua lelaki. Dia jatuh cinta dengan penebang kayu, Peter (Shiloh Fernandez), tetapi orang tuanya sudah mengatur baginya untuk menikah dengan Henry (Irons), seorang pemuda kaya. Tidak mahu kehilangan satu sama lain, Valerie dan Peter merangcang untuk melarikan diri bersama-sama setelah mengetahui bahawa kakak Valerie telah dibunuh oleh serigala jadian yang mencari kesempatan di hutan gelap sekitar kampung mereka.

Selama bertahun-tahun, penduduk kampung telah mempertahankan gencatan senjata dengan binatang itu kerana serigala jadian itu mahukan pengorbanan haiwan setiap bulan mengambang bagi menjamin keamanan kampung. Tetapi bila tiba bulan mengambang merah, serigala telah meminta taruhan yang lebih berat iaitu manusia sebagai korban.

Dikuasai rasa untuk membalas dendam, orang kampung telah memanggil pemburu serigala jadian terkenal Paderi Salomo (Oldman), untuk membantu mereka membunuh serigala jadian itu. Siapakah sebenarnya serigala jadian itu kerana salah seorang daripada orang kampung itu adalah sebenarnya serigala jadian....

Nak tau lebih lanjut ape kata try pi tgk cerita tu ;D

Tuesday, April 5, 2011

KaraK (Official Trailer)





Cite seram Volkswagen kuning

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Kredit to : zuarxpdc

26 May 2011 nie ade citer best "KARAK' by KRU...jom ramai2 kt tengok citer nie...

Sinopsis Movie Karak - Laluan Puaka

Kami rasa semua rakyat Malaysia tahu akan sejarah lebuhraya Karak atau tempat itu sendiri. Banyak kemalangan ngeri yang kita dengar berlaku disitu. Ada juga yang berkata ternampak makhluk halus kerana banyaknya kejadian ngeri yang berlaku.

Dari perkara itu, KRU Studios keluar dengan filem seram terbaru dan pertama arahan Yusri Abdul Halim, "Karak". Menceritakan empat pelajar kolej yang ingin pulang ke Kuantan setelah berhibur di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang, mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan telah mengambil keputusan menggunakan jalan singkat. Semasa menggunakan jalan singkat tersebut macam-macam perkara telah berlaku dan mereka telah terserempak dengan Volkswagen berhantu yang berada disitu.

Antara pelakon yang terlibat dalam "Karak" ialah Shahir, Sheera Ayob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussien. Filem yang diadaptasi dari kisah benar ini telah ditulis oleh Norman KRU dan bakal ditayangkan tahun ini.

Kredit to: KRU Studios

Thursday, March 24, 2011

The Perfect Canvas

SALAM SEMUA....lama benor rasenye menyepi dari mempublishkan post2 baru. Tetibe kuar plk entry baru tajuk "The Perfect Canvas", ape tu???? nak tau ehhhh meh Gee terangkan...eceh macam ariffff jer kan...

Nie ialah contest sempena genap setahun penubuhan The Perfect Canvas. Dengan murah hati The Perfect Canvas nak hadiahkan FREE Canvas Printing kepada 3 pemenang yang bertuah!!!
Caranye nak join contest nie ialah dengan mempromote & perkenalkan The Perfect Canvas pada semua pembaca....klik kat sini untuk tahu lebih lanjut ye. Contest will be END on 1st May 2011...

First time tgk blog The Perfect Canvas nie terdetik kat hati WOW...hehe kenape wow ye sebab dah jumpe mane nak cari tempat kat mane nak print gambar untuk letak kat my pelamin nanti... Mula lar berangan nie...hikhikhik...

"Cantikkan"


Kat sini ade mcm2 servis yang diaorg provide ikut pilihan masing2 nak style macam mane antaranye:

1. White Border Canvas


2. Full Wrap Canvas

3. Split Canvas

4. Art Stand

5. Multiple Photos on One Canvas

Selain kat atas tu diaorg pon ade buat Car Sticker, Banner & Bunting....
If uols nak letak name atau ape2 text kat atas canvas tu pon boleh and No Additional Charges ok...contohnye macam nie

Dah tau ape diaorag provide mesti nak tau mcam mane nak tempahkan? Mudah je caranye:

1. Pilih gambar yang nak dibuat
2. Pilih size


3. email pada theperfectcanvas@gmail.com

4. Bayar & dalam masa 1 minggu dah boleh dapat canvas. Kebiasaannye diaorg akan inform u melalui sms if dah ready... so jangan lupe sertakan no phone okey.

Cara penghantaranye pulak uols boleh pilih, ada 3 option:

1. Hantar terus sampai depan pintu rumah korang
tu untuk area Lembah Klang, Shah Alam & Cheras sahaja.
Just Add RM20

2. Courier Express
untuk yang tinggal luar kawasan di atas.
Harga tengok pada size frame biasenye dalam RM25 - RM35.

3. Self Pick-up
Pick-up point biasenye kat Cheras Leisure Mall
Harga duit minyak sendirik k.... ;D

psstttt: if uols nak email gambar yang nak di buat canvas tu please make sure that the resolution of the picture more that 2.0 MB. If less that 1.5MB still workable but subjected to a smaller canvas print size. Untuk tau lebih lanjut nnt korang boleh konfirmkan dengan diaorang ok...


Payment untuk 1 atau 2 frame need to pay full amount but more than that need to pay 50% deposit & balance shall be paid upon collection or delivery. However, this only applied to self pick-up and COD.

For courier services, full payment is required.

So amacam menarik kan services yang diaorang provide....Jom ramai2 book The Perfect Canvas untuk buat
kenangan indah abadi dengan menarik dan berkualiti.

The Perfect Canvas
C-5-10 Vista Hatamas,
Jalan Hatamas Utama,
Bukit Hatamas,
43200 Cheras,
Selangor, Malaysia

013-2897630
013-3997630
theperfectcanvas@gmail.com

Tuesday, February 1, 2011

::A Little Bit Worried::

Risaunye...mcm mane nak balik Mersing nih, jalan nak ke sane sume naik air. Harap2 esok jalan akan ok. Tadi call k.Lin kat JB tanye mcm mane jalan Kota Tinggi dia ckp kat pekan kota tu still ade air lg tapi blh lalu jln bypass tu...hurmmm mcm mane yek?

Korang ade info lain tak????

"Hujan sama lebat ketika banjir besar landa 2006" satu lagi berita kat berita harian.

Pegawai Majlis Keselamatan Negara Cawangan Johor, Mejar Sulaiman Ngadimin, pula berkata sehingga jam 4 petang semalam, 11,615 penduduk dari Kluang, 10,169 dari Segamat dan 8,260 dari sekitar Johor Bahru sudah dipindah.

Beberapa jalan utama sudah ditenggelami air di daerah Mersing yang kini terputus hubungan dengan daerah lain dan orang ramai dinasihatkan tidak ke Mersing kerana jalan Mersing-Kota Tinggi dan Mersing-Kluang tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan. (petikan dari berita harian hari ini)



-source : mr.google-


Sementara itu, Johor mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 44,055 penduduk daripada 10,028 keluarga, terutama dari daerah Segamat, Kluang dan Johor Bahru. Selain itu, bandar Segamat dan Mersing terputus hubungan darat apabila semua jalan dinaiki air sehingga 1.5 meter. (petikan dari berita harian hari ini)

banjir di Pekan Segamat, semalam.
-source: Berita Harian-