Monday, November 14, 2011

Jabatan Imigresen Malaysia

Semalam aktiviti rasenye semua perlukan kesabaran menunggu. Pagi tu dalam pukul 10 gerak ke Presint 15, Putrajaya untuk buat & renew Passport. Jabatan Imigresen Malaysia kat Presint 15 nie buka setiap hari termasuk hari Sabtu & Ahad tapi untuk 2 hari tu waktu operasi start dari 8:00pg - 1:00tgh.

Sampai sane mule la tercari-cari mane tempat nak amik borang, kami 1st time datang kat situ so agak susah lar sikit bagi kami. Sampai kat satu ruang tu kami tengok bukan main panjang barisan, tapi tak tau diaorang beratur utk ape. Dengan ringan mulut Mesa(adik) tanye org kat situ mane nak ambik borang n beratur nie utk ape? Jawapannya : Ambik borang terus kat mane-mane kaunter n beratur nie untuk ambik no.giliran (Kaunter 5).

So kami masuk kedalam untuk amik borang n Ya Allah punye lah penuh orang kat dalam tu, mula lar terpikir "Kita datang next week jer lar, nie tah pukul berape siap", tu dah ayat tension n malas. Tapi bila pikir balik alang-alang dah sampai baik buat je terus, nanti if datang next week macam nie jugak tak ke menyesal. So nekad terus ambik borang, isikan dulu mane yang tahu & beratur untuk ambik no. Sebelum datang korang kena sediakan dulu I/C Original (make sure chip anda berfungsi if tak kene bawak birth certificate @ tukar I/C baru), Salinan I/C dan gambar passport 2 keping.

Time tengah beratur nak ambik no. tetiba datang staff mintak separuh dari yang beratur tu masuk dalam untuk ambik no. & staff tu tutup pintu. Sebabnya no dah habis so sape yang datang selepas pukul 11:15pg tak kan dapat no. (hari lain gee tak tau keadaan macam mane, so sila datang awal) Cakap dengan adik "Fuuhhhh nasib baik dia tak sekat kat kita kalau tak mahu mengamuk sebab tak dapat no." So kami dapat lar no. & no. kami 1228 & 1229. No. sekarang 1070 ade 158 orang lagi sebelum sampai turn kami dipanggil.

Ok nie time tunggu turn no. dipanggil, staff yang tadi jugak buat announcement yang system diaorang off line satu Malaysia & technician diorang kat HQ dah buat ape yang patut untuk betulkan balik system tu & akan diberitahu balik if system dah ok. Hurmmm DUGAAN DUGAAN...Dalam 12:25 system diaorang dah ok ALHAMDULILLAH :D

Dalam pukul 2:50ptg no. ktorang dipanggil untuk buat permohonan & dalam pukul 3:20 dipanggil untuk buat payment RM100 untuk 2 Tahun & staff bagitahu yang passport tak sempat siap hari nie n kene ambik keesokkan hari atau sebelum 3bulan dari tarikh resit. So nanti if free kami datang lar ambik...


Review gambar pulak eh
  

 Keadaan kat kaunter lepas system online

 View kat kaunter pembayaran & kaunter serahan

 Adik yang banyak tanye, bagusss


 Nombor kami yang penyabarrrrrrr

 Dah siap & nak balik tapi hujan amat lebat diluar

Lebatkan....













Next Month nak ke BANDUNG
Yeepiiiiiii

No comments:

Post a Comment