Saturday, April 30, 2011

Some of Wedding Song

Love all this songs



Marry You - Bruno Mars


I Do - Colbie Caillat


and the last one also from Bruno Mars
Fun Video Clip
S.M.A.R.T.




The Lazy Song - Bruno Mars

The Royal Wedding - Cake & Wedding Dress

Perfect Wedding

Wedding Prince William & Kate Middelton nie mmg gee tunggu. Semalam balik keje bwk kete laju2, nasib baik smp rumah.... bukak je tv baru start upacara kawin diaorg. Gee rase semua org tak sabar nak tengok Royal Wedding nie kan...

Jom layan gambar2 kat bawah nie.


"So Sweeeet"

Baju perkahwinan yang Kate pakai nie mmg cantik dan sesuai sangat dgn dia.

See dress yang mmg cantik lagi2 detail kat bawah dress dia, tgk kat pic kat bawah eh...
Kalau tak silap train nie panjang dia 8ft to 9ft

i tell u, detail bottom of that dress sangat la cantik. klik kat gambar if nak lebih jelas ;D
(direka oleh Kate Burton, yang juga telah designkan baju untuk US First Lady Michelle Obama)
Kredit utk : AP Associated Press


Fiona Cairna orang yang bertanggungjawab membuat kek yang cantik nie...


Setiap satu detail tu semuanya ade makna

Close up details untuk kek 8 tingkat William & Kate
Kredit utk: examiner


Language of Flowers on William and Catherine's Royal Wedding Cake

  • Rose (white) - national symbol of England
  • Daffodil - national symbol of Wales, new beginnings
  • Shamrock - national symbol of Ireland
  • Thistle - national symbol of Scotland
  • Acorns, oak leaf - strength, endurance
  • Myrtle - love
  • Ivy - wedded love, marriage
  • Lily of the valley - sweetness, humility
  • Rose (bridal) - happiness, love
  • Sweet William - grant me one smile
  • Honeysuckle - the bond of love
  • Apple blossom - preference, good fortune
  • White heather - protection, wishes will come true
  • Jasmine (white) - amiability
  • Daisy - innocence, beauty, simplicity
  • Orange blossom - marriage, eternal love, fruitfulness
  • Lavender - ardent attachment, devotion, success, and luck

Sources: Daily Mail; CBS News; US Magazine

Friday, April 29, 2011

William & Kate The Royal Wedding

LIVE in TLC 707



Siaran Ulangan mlm nie 29 April 2011 kat tv TLC 707 at 9:00pm







Source: incik google



29th April 2011, 3:00pm - 8pm at NTV7 siaran langsung Perkahwinan Prince William & Kate Middleton. Siaran ulangan tak sure plk pukul berapa yang i tau esok 30th April 2011. Tak sabar nak tgk wedding diaorang...

Mereka bertemu untuk pertama kalinya pada tahun 2001 sekarang setelah sepuluh tahun, rakyat British dan pelusuk dunia akhirnya akan menyaksikan perkahwinan diraja mereka.

William melamar kate untuk berkahwin dengannya pada November 2010 ketika mereka sedang bercuti di Afrika. Beliau telah memberikan cincin pertunangan mendiang ibunya Diana, Princess of Wales.

"The ring is special to me" kata Wiliam.



Thursday, April 28, 2011

Red Riding Hood




Aktiviti hari nie ialah tengok movie... Cerita nie best lar bg saya. Pi tgk dgn housemate, antara cerite ROOM MATE dgn RED RIDING HOOD, cerita RRH lagi best lar kalau nak tgk...

Sinopsis lebih kurang macam nie:

Valerie (Amanda Seyfried) adalah seorang wanita muda yang cantik yang menghadapi dilema antara dua lelaki. Dia jatuh cinta dengan penebang kayu, Peter (Shiloh Fernandez), tetapi orang tuanya sudah mengatur baginya untuk menikah dengan Henry (Irons), seorang pemuda kaya. Tidak mahu kehilangan satu sama lain, Valerie dan Peter merangcang untuk melarikan diri bersama-sama setelah mengetahui bahawa kakak Valerie telah dibunuh oleh serigala jadian yang mencari kesempatan di hutan gelap sekitar kampung mereka.

Selama bertahun-tahun, penduduk kampung telah mempertahankan gencatan senjata dengan binatang itu kerana serigala jadian itu mahukan pengorbanan haiwan setiap bulan mengambang bagi menjamin keamanan kampung. Tetapi bila tiba bulan mengambang merah, serigala telah meminta taruhan yang lebih berat iaitu manusia sebagai korban.

Dikuasai rasa untuk membalas dendam, orang kampung telah memanggil pemburu serigala jadian terkenal Paderi Salomo (Oldman), untuk membantu mereka membunuh serigala jadian itu. Siapakah sebenarnya serigala jadian itu kerana salah seorang daripada orang kampung itu adalah sebenarnya serigala jadian....

Nak tau lebih lanjut ape kata try pi tgk cerita tu ;D

Tuesday, April 5, 2011

KaraK (Official Trailer)





Cite seram Volkswagen kuning

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Kredit to : zuarxpdc

26 May 2011 nie ade citer best "KARAK' by KRU...jom ramai2 kt tengok citer nie...

Sinopsis Movie Karak - Laluan Puaka

Kami rasa semua rakyat Malaysia tahu akan sejarah lebuhraya Karak atau tempat itu sendiri. Banyak kemalangan ngeri yang kita dengar berlaku disitu. Ada juga yang berkata ternampak makhluk halus kerana banyaknya kejadian ngeri yang berlaku.

Dari perkara itu, KRU Studios keluar dengan filem seram terbaru dan pertama arahan Yusri Abdul Halim, "Karak". Menceritakan empat pelajar kolej yang ingin pulang ke Kuantan setelah berhibur di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang, mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan telah mengambil keputusan menggunakan jalan singkat. Semasa menggunakan jalan singkat tersebut macam-macam perkara telah berlaku dan mereka telah terserempak dengan Volkswagen berhantu yang berada disitu.

Antara pelakon yang terlibat dalam "Karak" ialah Shahir, Sheera Ayob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussien. Filem yang diadaptasi dari kisah benar ini telah ditulis oleh Norman KRU dan bakal ditayangkan tahun ini.

Kredit to: KRU Studios